Wednesday, March 17, 2010

Realiti kehidupan

Saya meniti kehidupan sebagai seoang insan yang biasa. Tiada yang hebat mahupun yang luar biasa dalam diri.. impian untuk menjadi luar biasa hanya lahir kadangkala dalam mimpi dan fantasi sewaktu berdua-duan dengan bantal dan tilam saya rasa... tidak seperti sesetengah orang yang terpilih untuk mempunyai kebolehan tambahan yang mampu membuatkan semua orang sekeklilingnya menyanjunginya...

Namun apabila umur semakin menginjak naik, saya mula membuka mata dan boleh dikatakan saya mula mengembara... berjalan di negeri orang hanya sekadar untuk melihat bagaimana masyarakat itu bergerak dan berfungsi...mungkinkah ia berfungsi bagai kereta yang memerlukan enjin sebagai nadi ataupun ia lebih mirip kepada jam yang setiap roda didalamnya bergerak bersama memutarkan jarum jam..???

Saya mula teringat petikan dalam filem IRON MEN..” we do not find a hero, we built them” saya mula terfikir kenapa saya tidak mampu menjadi seperti mereka yang hebat itu? Adakah kerana saya dilahirkan dikampung dan hanya duduk terperap dirumah ataupun kelemahan diri saya sendiri yang boleh dikatakan bodoh?? Kini saya mula faham hidup masyarakat ini berhieraki, biarpun seribu kali kita mengatakan hidup bermasyarakat perlu seimbang namun hieraki itu secara hakikatnya wujud… tidak mampu dibalah lagi… orang yang memimpin dan orang yang dipimpin…

Namun saya tidak rasa mahu menjadi orang yang memimpin… mungkin kerana saya merasakan telah wujud satu lagi golongan iaitu golongan yang dipimpin tetapi mempunyai kuasa yang besar. Kuasa untuk memimpin dalam diam...mereka mengatur semuanya namun hanya dalam diam..mungkin ini kelihatan seperti golongan kongsi gelap yang menguasai Hong Kong manakala pihak polis hanya menjadi watak sampingan..??

Dunia ini kelihatan kelakar sebenarnya namun hati-hati lah… dunia ini kejam sebenarnya…. Andai anda berjalan dengan megah tanpa memandang belakang, nescaya anda akan tersungkur terus pada saat timbul perasaan selamat dalam diri hanya kerana anda ada kuasa...

Jadi sekarang pilihlah golongan sebagaimana yang anda ingin jadi.... pemimpin?? Hamba?? Golongan gelap atau mungkin anda boleh mula menjadi suatu golongan yang lain........ golongan yang berserah kepadaNYA dan berjuang bagaikan singa lapar dalam dunia ini..

Thursday, January 28, 2010

Pelayaran... ketentuan atau pemilihan..

Gemersik suara azan yang berirama merdu mengejutkan perjalanan mimpiku yang seperti tiada erti. Aku bersyukur sekali lagi kerana aku dipilih daripada berjuta-juta hambanya yang masih khusyuk merapatkan kelopak mata untuk berjalan ke rumahNya.

Aku sebenarnya baru bangun. Baru bangun dari mimpi kehidupan yang menyesatkan aku sejak dari mula aku dilahirkan, dan kini aku baru tersedar bahawa ketenangan ada disitu.. ketenanganku ada disitu.. ditempat yang mana tidak ramai antara umat yang melabel diri mereka muslim ingin kisitu andai tiada hajat yang betul2 dihajati… pernah dahulu aku ketika aku asyik dalam bahtera dunia lalu dihidangkan dengan pelbagai makanan dan hiburan bersama-sama nakhoda-nakhoda lain, aku terfikir adakah ALLAH masih menyayangi aku?? Hingga kadang2 aku seperti aku pelakon yang tersilap membawa karakter yang betul atau inilah skrip kehidupan untukku yang sebenar??

Namun ketika aku semakin hanyut, aku terlihat pendayung bergerak kearahku.. Nampaknya aku perlu memilih.. setelah cuba berfikir secara logik dan rasional, aku memilih untuk mengambil pendayung itu.. kemanakah aku perlu mendayung? Ketimur? Barat? Utara? atau selatan? Akhirnya aku tersenyum… dayunglah kemana sahaja Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Dan Maha Penyayang..

Alhamdulillah… akhirnya baru aku sedar bahawa dalam hidup ini kita perlu memilih.. tiada erti kata ‘ sudah nasib, nak buat macam mana??’ kerana masakan hati akan bergolak andai tiada nafsu disisi bukan? Namun untuk kekal dalam pelayaran yang jarang ditempuhi serta dipenuhi cabaran yang diluar akal pemikiran, tiang dan layar utama perlulah sentiasa dijaga dan diluruskan.. tanpa tiang utama yang kukuh serta layar yang betul2 kuat, sungguh mudah untuk kita kembali hanyut bersama bahtera…. Haih… kadangkala kita mengeluh… kerana cabaran yang menjenguk… tidak mengapa.. kerana Allah pastinya ingin sekali menguji hamba-hambaNya yang betul2 sungguh keranaNya… tidak perlu begitu extremist mahupun begitu pasif dalam perjuangan kita kerana Allah knows……