Tuesday, December 29, 2009

Mengapa ya??

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...

tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada agamanya..

tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan ?

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...

...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, " dia mesti dibebaskan! "

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...

...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...

...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan

... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...

...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan....

...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!

Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar dan pelbagai tabloid jajaan barat...

....tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

Wednesday, December 9, 2009

Ayam....... oh ayam

Saya termenung sebentar tadi….. Pada mulanya niat dihati hanya ingin berehat tetapi tiba-tiba saya mula berfikir apabila mata saya bertembung dengan anak ayam dan juga tanah yang saya pijak…. Tahu apa yang saya fikirkan? Saya bangun untuk mengambil cangkul..

Saya mula menggali dan matlamat saya hanya satu iaitu cacing.. kenapa cacing? Saya memegang 2 ekor cacing dan kemudiannya bertemu denagn kumpulan anak ayam itu… macam formal pula tetapi itulah hakikatnya kerana ayam2 itu melihat saya dengan sepenuh perhatian, mungkin bukan saya sebagai center of attraction tetapi cacing itu yang meraih publisiti mungkin.. apa yang saya merepek ni…

Saya cuba memancing anak ayam itu untuk melompat tinggi menggunakan “umpan” tadi… Ternyata anak ayam itu semuanya gagal dengan jayanya bagi mendapatkan habuan mereka meskipun mereka tidak berhenti berusaha.. Hebat bukan ayam??.. Ternyata saya sudah menang.. Secara tiba-tiba seekor anak ayam yang agak besar mematuk jari saya berkali-kali sehingga pegangan saya terlepas, tanpa diduga anak-anak ayam itu menang, mengalahkan manusia yang berpuluh ganda lebih besar dan bijak daripada mereka…… Mereka menang kerana mereka berjaya memahami permasalahan yang berlaku iaitu punca masalah.. ayam… oh ayam

Saya bukan pakar motivasi namun saya tertarik dengan penyelesaian yang digunakan oleh anak-anak ayam ini dan saya ingin berkongsi… tidak salah bukan? Setelah berhempas pulas melompat-lompat dengan focus hanya kepada apa yang ada dihadapan mata mereka, anak ayam ini menemui solusi iaitu bukan kedudukan cacing itu yang menjadi maslah namun pegangan saya kepada cacing itu sebenarnya punca utama cacing itu gagal diratah..

Begitu juga dengan kehidupan kita, kita menghadapi masalah dan kita cuba menyelesaikan msalah yang sedang melanda berdasarkan apa yang kita lihat dan kita fikir… “Masalah datang!! Cepat cari penyelesaian!!!! ,Namun kita jarang berfikir sebab apa sesuatu masalah itu muncul untuk menyemak dalam kehidupan kita… Mungkin ada yang mengatakan “ kalau tahu punca masalah pun kita kena cari penyelesaiannya jugak..!” Memang betul namun adakah jalan penyelesaian masih sama seperti apa yang telah kita terfikir solusinya sebelum puncanya diketahui? Sudah tentunya berbeda dong….! Dan kemungkinan besar penyelesaiannya lebih mudah…

Namun ada juga yang mengatakan.. “dah dapat punca tapi rupa-rupanya makin teruk la!”.. Jadi apa tindakan anda? Menyesal atas pencarian punca? Atau kambus sahaja permasalahan itu. Buat-buat tak tahu…? Ternyata anda perlu membetulkan dari puncanya tanpa memikirkan antara mahu atau tidak kerana bacteria yang terlindung dalam kulit pastinya akan bernanah suatu hari nanti bukan?? Bersama-sama kita memikirkannya……. Alhamdulillah…